Pengenalan
Pada bulan September 1999, YB Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Kod Amalan ini dibuat bagi memberi garis panduan kepada majikan tentang bagaimana mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Ini adalah kerana, jika gangguan seksual dibenarkan atau mudah berlaku di tempat kerja, maka moral pekerja akan jatuh atau rendah dan yang lebih bahaya lagi produktiviti akan menurun. Tidak kurang juga, ianya akan membawa gejala tidak sihat di dalam organisasi. Semua ini akan memberi kerugian bukan sahaja kepada majikan tetapi juga kepada pekerja dari jangkamasa panjang.
Kini Gangguan Seksual telahpun menjadi salah satu dari seksyen di dalam Akta Kerja 1955. Maka dengan ini ianya satu kewajipan untuk majikan mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja dengan berkesan.