PENGENALAN
Mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja, sudah pasti perlu mentadbir dan mengurus gaji pekerja. Pentadbiran dan Pengurusan Gaji pekerja yang baik sudah tentu akan dapat membuat pekerja seronok dan meningkatkan motivasi mereka.Bagi mereka yang terlibat di dalam Pengurusan Gaji, mengetahui secara terperinci tentang hal ehwal pengurusan gaji adalah merupakan satu kemestian. Kesilapan dan kesalahan perlu dielakkan dan pengurusan gaji perlu bergerak seiring dengan perkembangan syarikat.
Kursus ini memberi penekanan terhadap semua Akta-akta yang berkaitan dengan gaji dan amalan amalan terbaik di dalam Pentadbiran dan Pengurusan Gaji.