PENGENALAN
Pengurusan gaji merupakan salah satu fungsi utama dalm struktur dan peranan pengurusan sumber manusia. Kegagalan mentadbir dan mengurus gaji disebabkan kurangnya pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan Akta Kerja 1955, boleh mengundang masalah yang berkaitan dengan perundangan, boleh menjejaskan hubungan perindustrian antara majikan dan pekerja serta imej organisasi. Program ini akan melengkapkan pengetahuan yang sewajarnya yang perlu ada pada pengamal pengamal pengurusan sumber manusia yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan gaji khususnya mereka yang baru dalam amalan tersebut.