PENGENALAN
Setiap organisasi mempunyai misi dan visi yang menjadi panduan utama halatuju organisasi. Pada umumnya, misi dan visi organisasi merupakan perancangan masa depan organisasi dan banyak menfokuskan aspek produktiviti, keuntungan dan pembangunan insan. Bagi perancangan jangka pendek, selalunya organisasi menentukan aktiviti-aktiviti kritikal tahunan dalam bentuk Key Result Areas (KRA’s).
Bagi mencapai objektif organisasi sepertimana terkandung di dalam Key Result Areas (KRA’s) maka komitmen daripada seluruh warga organisasi adalah amat diperlukan.
Salah satu komitmen utama ialah mempastikan bahawa para pekerja mempunyai sikap positif terhadap kerja mereka dan berusaha dengan penuh gigih bagi mencapai aspirasi murni organisasi.