PENGENALAN
Disebabkan usia harta benda dan kenaikan kos penyelenggaraan, banyak syarikat telah mengambil sikap yang positif terhadap pengurusan penyelenggaraan. Penambahan saiz dan kerumitan system teknikal telah membuat penyelenggaraan sebagai satu fungsi utama dalam kebanyakan syarikat. Pengurusan penyelenggaraan telah menjadi semakin rumit olih kerana kekurangan sumber yang terlibat dan sebagainya.
Fokus utama kursus ini adalah aplikasi prinsip pengurusan, termasuk perancangan, penganjuran dan kawalan dalam kerja kerja penyelenggaraan. Kursus ini juga akan memberi strategi dan tatacara yang bersesuaian kepada eksekutif dan pengurus dalam industri pengeluaran, pembuatan, penyelenggaraan, kejuruteraan dan sebagainya.