PENGENALAN
Kursus ini di adakan khusus untuk memberi , penerangan, penekanan, pendedahan dan implementasi mengenai perkara-perkara penting di dalam Undang-undang Buruh di Malaysia. Ianya merupakan asas utama di dalam hubungan antara pekerja dan majikan.
Setiap Penyelia, Eksekutif dan Pengurus bukan sahaja perlu tahu Undang-undang Buruh tetapi juga perlu mahir akan pemakaian Undang-undang tersebut. Dengan kemahiran yang di miliki, ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan mereka di dalam pengurusan pekerja. Selain dari itu kod amalan juga di ketengahkan di dalam program ini bagi memudahkan mengurus pekerja selaras dengan kehendak-kehendak pihak berkuasa. Dengan itu produktiviti akan dapat di tingkatkan dan dapat mengujudkan suasana kerja yang lebih harmoni. Pada masa yang sama, para peserta akan di dedahkan dengan tatacara dan prosedur Mahkamah Tenaga Kerja dan Mahkamah Perusahaan.