PENGENALAN
Rancangan perniagaan adalah satu dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan yang hendak dijalankan. Ia merupakan “blue print” perniagaan untuk menerangkan mengenai kajian yang telah dijalankan dan perancangan perniagaan yang akan dijalankan untuk sesuatu tempuh tertentu. Ia juga menerangkan tentang ramalan serta jangkaan perniagaan pada masa hadapan, kaedah perlaksanaan strategi perniagaan tersebut.