Have a question?
Message sent Close
Loading Events

« All Events

PYR 002 – Pentadbiran dan Pengurusan Gaji yang Efektif Mengikut Akta Kerja 1955, 6 November 2025

November 6 @ 8:00 am - 5:00 pm

PENGENALAN

Mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja, sudah pasti perlu mentadbir dan mengurus gaji pekerja. Pentadbiran dan Pengurusan Gaji pekerja yang baik sudah tentu akan dapat membuat pekerja seronok dan meningkatkan motivasi mereka.Bagi mereka yang terlibat di dalam Pengurusan Gaji, mengetahui secara terperinci tentang hal ehwal pengurusan gaji adalah merupakan satu kemestian. Kesilapan dan kesalahan perlu dielakkan dan pengurusan gaji perlu bergerak seiring dengan perkembangan syarikat.

Kursus ini memberi penekanan terhadap semua Akta-akta yang berkaitan dengan gaji dan amalan amalan terbaik di dalam Pentadbiran dan Pengurusan Gaji.

OBJEKTIF

Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat :

  • Memahami semua peruntukkan undang-undang di dalam pengurusan
    gaji.
  • Membuat pengiraan gaji yang tepat, memberi pendahuluan gaji dan pemotongan gaji yang dibenarkan.
  • Menyimpan rekod-rekod gaji dan lain-lain rekod yang wajib.
  • Membangun dan melaksanakan struktur gaji yang baik dan berkesan.
  • Membuat audit dan menyediakan statistik upah untuk keberkesanan pengurusan syarikat.
  • Melaksana Sistem Pengurusan Gaji Berasaskan Produktiviti

SIAPA YANG PERLU HADIR?

  • Pengurus
  • Ketua Jabatan
  • Penolong Pengurus
  • Eksekutif Kanan
  • Eksekutif | Penyelia
  • Ketua Unit
  • Pembantu Pengurusan
  • Perkeranian
  • Pekerja kaunter
  • Penyambut Tetamu dan sesiapa yang berminat membangunkan kemahiran mereka