PDM 030-Creative And Analytical Thinking

Description

PENGENALAN

Manusia diciptakan oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini yang diberi berbagai keistimewaan dan kelebihan dari makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal fikiran. Akal fikiranlah yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penaakulan minda (akal).

Kemahiran berfikir telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia sejak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi yang juga dikenali sebagai pemikiran kritis yang merangkumi pemikiran kreatif. Dalam menjana pemikiran kritis dalam kehidupan, Socrates telah menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan menjana dan memberi buah fikiran seseorang. Sarananya juga betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi yang disebut sebagai ‘deep questions’ diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai. Metod penyoalan Socrates yang dikenali sebagai “Socrates questioning” atau “Penyoalan Socratic” masih dianggap sebagai cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalkan hingga kini.

Ide Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu

Kemahiran berfikir dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi.

Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda untuk menilai kesahan atau kebaikan sesuatu ide, buah fikiran di samping membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisa data atau maklumat untuk mencapai kejayaan.

[stm_multy_separator]

Objektif

  • Sebaik sahaja mengikuti kursus ini peserta akan berupaya untuk:-
    • Menyedari dan menyakini keupayaan yang mereka miliki dari segi keupayaan minda, emosi untuk di manfaatkan dengan sepenuhnya untuk berfikir
    • Menghasilkan idea-idea untuk tujuan produktiviti kerja serta menyelesaikan masalah.
    • Berupaya menggunakan kemahiran berfikir bagi memenuhi sasaran organisasi dan mencapai kejayaan.
    • Mengesan punca masalah serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
    • Mempraktikkan 27 kaedah kreativiti dan inovasi
[stm_multy_separator]

Training Content

This content is restricted to members only. Please log in to view more details. Registration are Free!

[stm_multy_separator]
[stm_course_lessons title=”Hari Pertama (9.00 AM – 5.00 PM)”][stm_course_lesson icon=”fa fa-file” badge=”seminar” title=”Modul 1: Pengenalan Kemahiran Berfikir Kritikal”]

  • Definisi Pengenalan (Kritikal/Kritikal/Inovasi/Kreativiti/Analytikal)
  • Pemikiran Dalam Islam
  • Kegunaan Fikiran Kritikal
  • Ciri-Ciri Pemikiran Kritikal
  • Teknik menghasilkan idea kreatif
  • Tiga Fungsi Minda
  • 4 Komponen Pemikiran Kritikal
  • Menginterpretasi, Memuat Analisis, Menilai, Membuat Inferensi, Menghurai & Kawalan Kendiri

[/stm_course_lesson][stm_course_lesson icon=”fa fa-file” badge=”seminar” title=”Modul 2: Kemahiran Pemikiran Kritikal”]

  • Mencirikan
  • Membanding & Membeza
  • Mengumpul dan Mengkelas
  • Membuat Urutan
  • Menyusun Mengikut Keutamaan
  • Mengesan Kecondongan
  • Menilai
  • Membuat Kesimpulan

[/stm_course_lesson][stm_course_lesson icon=”fa fa-file” badge=”seminar” title=”Modul 3: Jenis & Gaya Pemikiran Kritikal “]

  • Pemikiran Kritis Rendah & Pemikiran Kritis Tinggi
  • Gaya Pragmatik
  • Gaya Negatif
  • Gaya Analitikal
  • Gaya Objektif
  • Gaya Saintifik
  • Gaya Historis
  • Gaya Reaktif
  • Gaya Sistematik

[/stm_course_lesson][/stm_course_lessons][stm_multy_separator][stm_course_lessons title=”Hari Kedua (9.00 AM – 5.00 PM)”][stm_course_lesson icon=”fa fa-file” badge=”seminar” title=”Modul 4: Pemikiran Lateral Kreatif”]

  • Alternatif
  • Fokus
  • Cabaran
  • Kemasukan Rambang
  • Provokasi
  • Menuai

[/stm_course_lesson][stm_course_lesson icon=”fa fa-file” badge=”seminar” title=”Modul 5: Cara Pemikiran Pertama”]

  • Menjadikan kreativiti sebagai realiti setiap hari
  • Mempraktikkan teknik
  • Permohonan individu dan kumpulan
  • Rajah Ishikawa/Tulang Ikan
  • 5 Mengapa
  • Teknik Bunga Teratai

[/stm_course_lesson][stm_course_lesson icon=”fa fa-file” badge=”seminar” title=”Modul 6 : Cara Pemikiran Ke-2 “]

  • ERRC
  • SCAMPER
  • Six Thinking Hats

[/stm_course_lesson][/stm_course_lessons]