Asri Omar ialah seorang fasilitator yang memulakan karier beliau di Penerbangan Malaysia dari tahun 1991 sehingga 2005. beliau telah didedahkan kepada berapa Jabatan bermula Jabatan Kejuruteraan, Pentadbiran dan Katering. Beliau juga telah dilatih di dalam Total Quality Management, HACCP dan Halal. Pengalaman selama 15 tahun bersama Penerbangan Malaysia.
Pada November 2011 beliau telah memulakan karier sebagai Tenaga Pengajar Bebas secara sepenuh masa dalam bidang softskill dan menjadi rakan pengajar kepada beberapa buah Syarikat Konsultan Latihan. Beliau juga menjadi Pensyarah sambilan di OPEN University untuk modul ‘Introductory Organisational Behaviour, Business Communication, Introductory Compensation Management dan Basic of Planning and selection of Human Resources’.
Pada Januari 2014 beliau telah memulakan tugasan sebagai Pensyarah sambilan di Institut Kraf Negara untuk modul ‘Asas Keusahawanan’ sehingga tahun 2015. Beliau juga merupakan seorang Tenaga Pengajar diiktiraf oleh HRDF dan terlibat sebagai tenaga pengajar untuk program Skim Latihan 1 Malaysia, Graduate Employability Management Scheme (GEMS) ,Graduate Enhancement Programme for Employability (GENERATE) dan Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE)