Pengenalan
Sistem pengurusan aset ialah proses yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk memantau dan mengurus aset mereka. Pengurusan aset yang efektif membolehkan organisasi tersebut untuk memaksimumkan pulangan pelaburan mereka dan meminimumkan kerugian. Melalui pengurusan aset yang efektif ini, pihak pengurusan dapat menjejaki prestasi keseluruhan dan keadaan aset mereka dan memastikan ianya digunakan dengan cekap sepanjang hayat aset-aset tersebut. Program ini telah disediakan untuk memberi penjelasan kepada perserta tentang kepentingan pengurusan aset dan juga tugasan mereka dalam menguruskan aset diorganisasi masing – masing.