Dalam kehidupan kita, keberkatan merupakan suatu perkara yang sangat didambakan oleh setiap insan kerana apabila kehidupan kita berkat segala perkara yang kita lakukan akan menjadi udah. Keberkatan bukan hanya meudahkan segala urusan kehidupan kita bahkan ia menjadikan setiap perkara yang kita lakukan berganda kualitinya. Mudah kata, buat kerja sikit dapat hasil yang banyak dan berkualiti
Namun begitu, kita kadang-kadang terlupa dalam membina keberkatan dalam kehidupan kita khususnya dalam pekerjaan kita. Modul ini akan membantu peserta dalam menilai kembali setiap pekerjaan yang dilakukan itu membawa kepada keberkatan dan memudahkan segala urusan hidup kita.