Apabila datang 10 malam terakhir bulan Ramadhan, kita pasti akan mula mencari malam lailatul qadar yang mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Dalam malam lailatul qadar terdapat banyak rahsia dan falsafah yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan kita khususnya dalam kerjaya.
Antara rahsia yang dapat kita rungkaikan melalui malam lailatul qadar adalah berkenaan budaya kerja kualiti, dimana kita maklum bahawa 1 malam itu membawa kualiti 1000 bulan. Oleh itu, dalam modul ini, kita akan menjelaskan bagaimana 1 malam itu boleh membawa kualiti 1000 bulan.