Dalam ibadat puasa terdapat banyak rahsia yang boileh membantu kehidupan kita dalam pelbagai aspek khususnya dalam kerjaya. Antara rahsia yang ada adalah puasa mampu melatih tabiat atau sikap seseorang menjadi lebih cemerlang dan berkualiti.
Namun begitu, tabiat dan sikap ini tidak boleh hanya dilatih dalam inidividu sahaja. Ianya perlu dilatih dalam kelompok atau masyarakat supaya boleh mewujudkan budaya sikap yang cemerlang.