PENGENALAN
Mulai pada 1 Januari 2023, Akta Kerja 1955 telah dipinda mula berkuatkuasa. Pindaan ini akan memberi impak yang besar terutamanya kepada majikan. Pindaan juga telah dibuat terhadap Jadual 1 Akta yang menyebabkan skop liputan Akta terhadap pekerja di Semenanjung Malaysia semakin luas. Maka dengan itu, polisi dan prosedur pengurusan sumber manusia juga turut perlu dikemaskinikan.
Sepertimana yang kita semua ketahui, semua majikan perlu mendalami Akta Kerja 1955 dan Peraturan-peraturannya. Bagi mereka yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia perlu juga bijak mengimplementasi Akta ini sebagai satu obligasi yang di tuntut oleh Undang-undang.
Kursus 2 Hari ini akan juga turut mengupas isu-isu semasa yang melibatkan Pindaan Akta yang terbaru ini di dalam konteks Pengurusan Sumber Manusia yang menyeluruh.