PENGENALAN
Projek atau pengurusan projek sering dibincangkan oleh ahli-ahli professional dalam bidang kejuruteraan, pembinaan atau ICT. Sessi ini akan menghurai dan menjelaskan bahawa pengurusan projek bukanlah hanya untuk sesetengah pihak sahaja, tetapi ia menyentuh setiap individu didalam mana-mana organisasi.
Seminar yang dijalankan secara interaktif ini membincangkan perihal pengenalan dan perkembangan disiplin pengurusan projek dari penggunaan dalam bidang kejuruteraan saintifik hingga ke pengurusan strategik. Ia juga membincangkan perbezaan antara pengurusan operasi dan projek dan juga kegunaan kedua-dua disiplin ini di masa kini.