PENGENALAN
Sesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persatuan tidak dapat lari dari menganjur dan menguruskan majlis, sama ada rasmi atau tidak rasmi, diperingkat dalaman, organisasi, negeri, malahan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pengurusan dan perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa, kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.
Kursus ini mendedahkan peserta tentang protokol dan etika dalam pengurusan majlis rasmi kerajaan. Peserta juga akan dapat memahami teknik berurusan dengan pihak atasan dan pegawai yang berprofil tinggi..