PENGENALAN
Tiada sesiapa pun dalam perniagaan akan berjaya sekiranya mereka tidak buta pengurusan kewangan , dan tiada mana-mana perniagaan akan berjaya tanpa mereka yang celik pengurusan kewangan.
Pemerolehan adalah merupakan satu cabang penting di dalam pengurusan kewangan sesebuah perniagaan. Proses pemerolehan ini meliputi penyediaan dan pemerosesan permintaan, penerimaan dan pembayaran yang mengandungi pelbagai kriteria, pemilihan,fungsi sehinggalah membuat keputusan diakhiri dengan penganugerahan barangan atau kontrak. Tanggungjawab sebagai pengurusan syarikat dan dana korporat adalah penting apabila menangani proses-proses penting, tidak kira kuat atau lemah pasaran ekonomi.
Proses pemerolehan merupakan salah satu bahagian utama dari strategi syarikat atau perniagaan kerana keupayaan membeli bahan-bahan tertentu akan menentukan kesinambungan operasi syarikat atau perniagaan itu tadi. Oleh itu mana-mana syarikat perlu memahami seni mendapatkan “barangan dan perkhidmatan”. Keupayaan atau seni yang strategik ini menjurus kepada pengurangan dan penjimatan kos yang akhirnya akan membantu pihak pengurusan mencapai matlamat syarikat dengan jayanya.
Perniagaan yang tidak mengawal kos tidak akan kekal di dalam perniagaan. Kebolehan mengurangkan kos adalah lebih utama dari pengawal dan memotong kos. Pengurusan kos sebenar adalah berkaitan dengan perhatian terhadap kos, mencari alternatif atau kaedah mengurangkan kos melalui satu bentuk perancangan yang berkesan secara praktikal dari terus berbelanja lebih.