PENGENALAN
Pemacu motor elektrik telah mengatasi prestasi penyentuh elektro-mekanikal untuk motor aruhan. Walaupun, pada masa dahulu , jurutera tidak berminat untuk menukarkan system elektro-mekanikal kepada sistem pemacu yang lebih moden dan effisien kerana harga system pemacu yang jauh lebih mahal, sekarang hampir semua motor aruhan di industry mempunyai pemacu tersendiri. Ini adalah kerana, kos untuk menukarkan sistem lama kepada sistem pemacu tidak memainkan peranan yang penting berbanding dengan kos kuasa elektrik dan penyelagaraan. Pemacu elektrik ini adalah satu system elektronik-kuasa yang mengunakan suis elektronik yang berwibawa untuk kawal voltan dan arus yang tinggi pada frekuensi yang tinggi. Boleh dikatakan, tiada motor aruhan yang beroperasi tanpa pemacu elektrik di industry kini, oleh yang demikian, juruteknik dan jurutera yang mengendalikan sistem pemacu ini perlu memahami konsep pembinaan pemacu , masalah-masalah yang kerap berlaku pada sistem, cara mengatasinya serta memahami kaedah untuk megurangkan pengunaan kuasa elektrik. Selain perkara-perkara ini, kursus ini juga akan membincangkan tentang kesilapan yang kerap dilakukan oleh jurutera semasa pemasangan dan pengendalian pemacu elektrik. Selain itu, cara-cara pengiraan serta pemilihan pemacu elektrik untuk sesuatu sistem motor aruhan yang sedia ada di industry juga akan dibincangkan dalam kursus ini.