PENGENALAN
Kursus ini memberikan kefahaman keseluruhan mengenai prosedur rekabentuk sistem pembumian dan prestasinya. Penyeluruhan yang ringkas mengenai prinsip asas rekabentuk pembumian diberikan terlebih dahulu, diikuti dengan prosedur rekabentuk. Karektor/keberintangan tanah juga diterangkan, diikuti dengan teknik-teknik pengukuran dan interpretasi keputusan nya. Isu-isu mengenai set pengukuran data yang cukup mengenai keberintangan tanah akan diterangkan. Selepas itu, prosedur penyediaan bagi rekabentuk sistem pembumian pencawang akan diterangkan. Definasi dan pengiraan ground potential rise (GPR), voltan ‘touch’ dan ‘step’ akan juga dibentangkan.