PENGENALAN
Kursus ini membincangkan secara terperinci mengenai Litar AC dan DC, serta pendedahan
mengenai rekabentuk sesuatu pelan elektrik satu fasa dan tiga fasa. Peserta juga akan
menimba ilmu di dalam mempelajari sistem pendawaian domestik dan pendawaian industri
yang terdapat di Malaysia, jenis kabel dan alat lengkap serta peranti perlindungan
pendawaian. Seterusnya mereka mempraktikkan pelbagai kerja pendawaian. Penjagaan
keselamatan sentiasa diamalkan dengan mengambil kira sistem pembumian dan
perlindungan.