PENGENALAN
Peserta berpeluang menimba pengalaman melalui program ini yang terdiri daripada beberapa modul yang meliputi pelbagai aspek teknikal dan pengurusan penyenggaraan dalam organisasi, sumber bawah kawalan dan operasi. Penyampaian tertumpu kepada kaedah-kaedah teori dan pengalaman berdasarkan imbasan sejarah, ‘case study’ dan “route of sucessfull maintenance practice” semasa. Penekanan dibuat kepada kefahaman melalui bengkel pembelajaran dalam modul. Program ini dikendalikan oleh tenaga-tenaga pakar yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, penyenggaraan dan pengurusan.