PENGENALAN
Sistem penjanaan udara termampat dimanfaatkan dalam pelbagai jenis penggunaan industri dan domestik. Pemahaman yang mendalam mengenai prinsip asas, operasi dan senggaraan sistem udara termampat dan semua peralatan tambahan yang berkaitan dengannya adalah penting untuk memastikan sistem beroperasi pada tahap prestasi optimum serta menghasikan udara yang bermutu . Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman peserta dalam aspek prinsip asas dan operasi system udara termampat, meningkatkan kemahiran dalam senggaraan dan pencarian masalah menjurus kepada penjimatan kos, keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja. Kursus ini juga melibatkan pemahaman tentang pemakaian Akta dan Peraturan Malaysia yang berkaitan dengan udara termampat. Peserta akan didedahkan kepada maklumat dan aspek-aspek praktikal terkini serta perbincangan mengenai senggaraan dan pencarian masalah beberapa jenis alat yang lazim terdapat dalam sistem udara termampat.