Pengenalan
Standard Operating Procedure (SOP) memainkan peranan penting dalam memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara konsisten, sistematik dan mengikut piawaian organisasi. Tanpa SOP yang jelas, organisasi berdepan risiko ketidakseragaman proses, kesilapan operasi, kelewatan kerja dan kesukaran dalam pemantauan prestasi.
Program direka untuk membantu peserta memahami kaedah mengenal pasti proses kerja, mendokumenkan prosedur secara profesional serta melaksanakan SOP secara berkesan dalam organisasi. Peserta akan mempelajari teknik membangunkan SOP yang praktikal, mudah difahami dan boleh dilaksanakan oleh semua peringkat kakitangan.
Latihan ini memberi tumpuan kepada dokumentasi proses kerja, pemetaan aliran kerja, kawalan dokumen, pemantauan pematuhan dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kecekapan operasi organisasi. Ia sesuai untuk organisasi yang ingin memperkukuhkan tadbir urus serta meningkatkan standard pentadbiran dan pengurusan kerja.
Objektif
Setelah mengikuti program ini, peserta akan dapat:
- Memahami kepentingan SOP dalam operasi organisasi.
- Mengenal pasti proses kerja yang memerlukan dokumentasi SOP.
- Membangunkan SOP yang sistematik dan mudah dilaksanakan.
- Mengaplikasikan SOP secara berkesan di tempat kerja
Siapa Yang Patut Hadir
Program ini sesuai untuk:
- Eksekutif Pentadbiran
- Pembantu Tadbir
- Penyelia
- Pegawai Kualiti
- Penyelaras Jabatan
- Mana-mana individu yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan SOP
Manfaat Utama
Peserta akan dapat:
- Membangunkan SOP yang lebih efektif
- Meningkatkan kecekapan proses kerja
- Mengurangkan kesilapan operasi
- Memperkemaskan dokumentasi organisasi
- Memastikan pematuhan proses kerja
- Meningkatkan produktiviti dan konsistensi operasi
Untuk Brosur/Cadangan Lengkap
Bagi mendapatkan akses kepada cadangan lengkap, perincian modul, hasil pembelajaran, profil jurulatih serta maklumat harga, sila lengkapkan borang di bawah. Perunding latihan kami akan menghubungi anda tida