About Course
Perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam usaha untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Lazimnya, dalam sesuatu perundingan, individu yang terlibat akan cuba bertolak-ansur tentang isu yang dirundingkan dalam usaha untuk mencapai persetujuan. Pemujukan ialah pengunaan kata-kata lembut atau baik untuk melembutkan hati seseorang.
Dalam keadaan ini, tawar-menawar akan lebih banyak berlaku sekiranya seseorang itu percaya apa yang akan mereka peroleh daripada sesuatu perundingan itu lebih buruk berbanding dengan keadaan yang lebih baik.
Justeru, apabila digabungkan konsep pemujukan dan perundingan, maka pemujukan perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu interaksi yang melibatkan proses tawar-menawar oleh individu (yang mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) dan akhirnya satu persetujuan bersama dicapai iaitu matlamat antara mereka yang berunding (mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) mencapai tahap yang sama atau hampir sama.
What Will You Learn?
- Memahami teknik teori dan teknik perundingan.
- Mengetahui mengenai tatacara perundingan yang berkesan.
- Menjadi seorang perunding yang baik.
- Mengaplikasikan konsep dan kaedah pengurusan perundingan dengan berkesan
- Menggunakan komunikasi perundingan secara berkesan dalam aspek bahasa bukan lisan, menyoal dan mendengar.
- Mengaplikasikan teknik NLP dalam perundingan dan pemujukan.
Course Content
- MODUL 1: PENGENALAN PERUNDINGAN
- MODUL 2: PEMILIHAN PENDEKATAN PERUNDINGAN
- MODUL 3: KEPEKAAN TERHADAP KOMUNIKASI BUKAN LISAN
- MODULE 4: KEMAHIRAN MENDENGAR
- MODUL 5: KEMAHIRAN MENYOAL
- MODUL 6: KEMAHIRAN MEMUJUK
- MODUL 7: STRATEGI DAN TAKTIK DALAM PERUNDINGAN
- MODUL 8: PENGGUNAAN NLP DALAM PERUNDINGAN