Register as Member or Log In To View Our Class ModulesLog In | Register
Have a question?
Message sent Close
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

RBKK 001 – “Recharge Energy” Dengan Ramadhan, 24 March 2025

March 24 @ 8:00 am - 5:00 pm

PENGENALAN

Ramadhan merupakan bulan bagi umat islam mengecas kembali tenaga setelah setahun melakukan pelbagai aktiviti seharian. Kaedah mengecas tenaga adalah suatu kaedah yang dipraktikkan dalam dunia korporat yang dinamakan sebagai “Sharpen the Saw”. Kerja yang berterusan tanpa menajamkan gergaji akan menurunkan kualiti kerja, tetapi mengambil masa untuk menajamkan gerjaji akan meningkatkan kualiti kerja khususnya dan membawa kepada kekuatan dalam kehidupan secara umumnya.

Bagi menajamkan gergaji, kita perlu tahu apa yang telah berlaku pada diri kita yang lepas dan merancangkan Tindakan masa depan kita supaya selaras dalam membentuk diri yang berkualiti dengan mengambil Ramadhan sebagai medium dalam penilaian diri.

OBJEKTIF

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Memahami betapa pentingnya Ramadhan dalam mengecas energy bagi menjadikan diri seorang individu yang berkualiti
  • Mempraktikan kaedah meningkatkan potensi diri dan kualiti kerja melalui kefahaman terhadap falsafah ramadhan

PESERTA SASARAN

Terbuka kepada semua pekerja.

METODOLOGI

Ceramah, Tayangan Video, Simulasi & Aktiviti