Register as Member or Log In To View Our Class ModulesLog In | Register
Have a question?
Message sent Close
Loading Events

« All Events

PYR 004 -Akta Pekerjaan 1955 dan Pindaan 2022, 1 & 2 October 2025

October 1 @ 8:00 am - October 2 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Mulai pada 1 Januari 2023, Akta Kerja 1955 telah dipinda mula berkuatkuasa. Pindaan ini akan memberi impak yang besar terutamanya kepada majikan. Pindaan juga telah dibuat terhadap Jadual 1 Akta yang menyebabkan skop liputan Akta terhadap pekerja di Semenanjung Malaysia semakin luas. Maka dengan itu, polisi dan prosedur pengurusan sumber manusia juga turut perlu dikemaskinikan.

Sepertimana yang kita semua ketahui, semua majikan perlu mendalami Akta Kerja 1955 dan Peraturan-peraturannya. Bagi mereka yang bekerja di Jabatan Sumber Manusia perlu juga bijak mengimplementasi Akta ini sebagai satu obligasi yang di tuntut oleh Undang-undang.

Kursus 2 Hari ini akan juga turut mengupas isu-isu semasa yang melibatkan Pindaan Akta yang terbaru ini di dalam konteks Pengurusan Sumber Manusia yang menyeluruh.

Objektif

Di akhir kursus dua hari ini, para peserta akan dapat:
• Mengetahui dan mendalami Akta Kerja Pindaan 2022 yang
berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 dan kesan-kesannya kepada sesebuah Syarikat.
• Mengetahui siapakah pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955.
• Memahami kontrak perkhidmatan dan perkara-perkara yang perlu ada di dalam kontrak perkhidmatan.
• Menangani isu-isu utama di dalam pemecahan atau penamatan kontrak perkhidmatan.

• Mengetahui sepintas lalu tentang salahlaku dan siasatan dalaman serta penggantungan kerja.
• Mendalami hak-hak serta faedah-faedah untuk pekerja wanita.
• Menghalusi syarat-syarat dan faedah-faedah untuk pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955.
• Memastikan peruntukan berkenaan Upah atau Gaji di laksanakan dengan sempurna oleh Majikan
• Peruntukan-peruntukan utama di dalam Siasatan dan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 oleh Jabatan Tenaga Kerja

Siapa yang perlu hadir

  • Pengurus
  • Ketua Jabatan
  • Penolong Pengurus
  • Eksekutif Kanan
  • Eksekutif | Penyelia
  • Ketua Unit
  • Pembantu Pengurusan

Maklum Balas Program

  • Trainer mempunyai ilmu yang baik dan memenuhi topik yang dinyatakan.
  • Trainer sangat baik dan mudah dipahami.

Details

Start:
October 1 @ 8:00 am
End:
October 2 @ 5:00 pm
Event Category:
Website:
https://versatile-learning.com/product/pyr-004-akta-pekerjaan-1955-dan-pindaan-2022-1-2-october-2025/