Ramadhan merupakan bulan bagi umat islam mengecas kembali tenaga setelah setahun melakukan pelbagai aktiviti seharian. Kaedah mengecas tenaga adalah suatu kaedah yang dipraktikkan dalam dunia korporat yang dinamakan sebagai “Sharpen the Saw”. Kerja yang berterusan tanpa menajamkan gergaji akan menurunkan kualiti kerja, tetapi mengambil masa untuk menajamkan gerjaji akan meningkatkan kualiti kerja khususnya dan membawa kepada kekuatan dalam kehidupan secara umumnya.
Bagi menajamkan gergaji, kita perlu tahu apa yang telah berlaku pada diri kita yang lepas dan merancangkan Tindakan masa depan kita supaya selaras dalam membentuk diri yang berkualiti dengan mengambil Ramadhan sebagai medium dalam penilaian diri