Psikospiritual merupakan suatu elemen yang wujud dalam diri kita yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai elemen kemanusiaan yang terdiri daripada Ruh, Minda, Hati, Emosi dan Jasad.
Apabila kita memahami 5 elemen yang perlu dikawal dalam diri kita, kita mampu meningkatkan potensi dan kualiti diri dalam kerjaya dan kehidupan kita sebagai seorang muslim. 5 elemen ini sangat sesuai dilatih dalam bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan mempunyai keadaan yang sangat berbeza dengan bulan-bulan yang biasa khususnya dengan kewajipan berpuasa. Elemen psikospiritual ini akan membantu kita dalam memberikan pencerahan terhadap Tindakan seharian kita dengan lebih cemerlang.